Sunday 30 December 2012

ERTI SAHABAT SEBENAR


Sahabat, kawan, teman dan beberapa lagi ungkapan yg sering kita sume dengar. Tapi tau x korang sume apa erti dan maksud perkataan tersebut..?? Memang ada sesetengah individu yg langsung x heran dengan perkataan2 tersebut. Tapi percayalah, kawan, teman atau sahabat tu lah yg selalu berada disekeliling kita setiap masa…
Sahabat atau kawan atau teman adalah mereka yg berada di sekeliling kita dan mengenali kita. Tapi tau x korang yg ketiga-tiga terma tu boleh didefinisikan dengan maksud yg berbeza…?? *asal mcm berpuitis je ayat aku ni…. uhuhuhu… Jom kita sama2 huraikan satu persatu…
SAHABAT
Ini adalah mereka yg terapat sekali dengan kita. Gelaran sahabat adalah sesuai digunakan utk kawan baik kita. Mereka inilah yg paling memahami dan mengenali diri kita. Selalunya, ngan sahabatlah kita paling selesa utk bersama, berkongsi masalah, pendapat dan mcm2 lagi. Tapi awas, sekiranya kita dh watsomething wrong, kita mesti cepat2 meminta maaf dan berusaha utk memperbaiki balik hubungan antara korang, kerana kebiasaannya, sahabat lebih cepat terasa dengan setiap kata2 yg kita kuarkan… Jadi, jaga pertuturan agar tidak mendatangkan masalah dlm persahabatan kita…
KAWAN
Paling sesuai digunakan utk membe2 biasa yg selalu kita hang out atau lepak. Kawan ni biasanya senang untuk didekati. Sekiranya korang leh masuk “kepala” ngan yg lain, makin senang utk korang berkawan. Kita janganlah terlampau memilih kawan sangat. Kita berkawan selagi boleh, agar kita senang utk berbuat sesuatu. Tanpa kawan, hidup kita boleh menjadi kosong dan suram.
TEMAN
Teman eik, bukan eman…huhuhu… Teman adalah seseorang yg selalu bersama kita dalam susah dan senang. Dia bukanlah rapat sangat dengan kita sebenarnya, tapi teman sentiasa bersedia menjadi pendengar yg setia dan berusaha utk membantu kita dlm apa jua masalah yg kita hadapi… Orang yg sebegini sangatlah sesuai utk dijadikan sahabat kita.
Kesimpulannya, teman x perlu dicari kerana ianya akan datang sendiri dlm hidup kita. Kawan x perlu memilih kerana merekalah penyeri hidup kita. Sahabat perlu dipilih dengan betul kerana pengaruhnye ke atas diri kita lebih besar. Elok pilihan kita, maka eloklah jalan kehidupan kita. Jadi, kepada korang sume, hargailah SAHABAT korang, berKAWAN lah selagi korang mampu, dan jadikanlah TEMAN sebagai satu tempat utk kita berbincang agar kehidupan kita lebih berguna… Sekian…

1 comment: